Ekonomi

Ringgit susut berbanding Dolar AS pada sesi dagangan awal

RINGGIT diniagakan lebih rendah berbanding Dolar AS pada pagi Rabu (20 April) berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati terhadap keputusan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedahnya atau tidak dalam mesyuarat akan datang pada awal Mei, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2725/2775 berbanding Dolar AS daripada 4.2505/2515 pada penutup Isnin.

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata presiden Fed, St Louis James Bullard telah menunjukkan bahawa kenaikan 75 mata asas dalam kadar faedah mungkin berlaku dalam mesyuarat akan datang.

“Ini telah menyebabkan Indeks Dolar AS meningkat kepada 100.987 mata yang telah melebihi 100 mata untuk lima hari dagangan berturut-turut.

“Kadar pertukaran Dolar AS kepada Ringgit telah berlegar-legar pada sekitar paras RM4.2762 dan berdasarkan petunjuk teknikal, Ringgit sudah berada pada kedudukan terlebih jual. Oleh itu, ringgit sepatutnya kekal sekitar RM4.27 pada masa ini,” katanya lagi.


Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes menjangkakan Ringgit kekal dalam mod defensif, memandangkan satu lagi peralihan yang lebih tinggi dalam hasil AS dan tiada peralihan yang jelas dalam langkah kawalan pergerakan Covid-19 yang ketat oleh penggubal dasar China.

Sementara itu, Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia susut berbanding Dolar Singapura kepada 3.1236/1275 daripada 3.1228/1240 Isnin tetapi meningkat berbanding Yen Jepun kepada 3.3046/3087 daripada 3.3569/3579.

Unit tempatan susut berbanding Pound British kepada 5.5624/5689 daripada 5.5303/5316 dan susut berbanding Euro kepada 4.6130/6184 daripada 4.5867/5878. – SM

 

 

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button