Berita

Remaja perempuan hilang selepas beli air

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Tambun, Perak sejak 19 Ogos lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh,ACP Yahaya Hasan, remaja berkenaan dikenali sebagai Nur Hidayah Mat Nurddin.

“Remaja tersebut memiliki ciri-ciri seperti berkulit cerah, memiliki berat badan sekitar 45 kg dan berketinggian lebih kurang 160 cm.

“Laporan kehilangannyadibuat oleh ibunya selepas tiga hari anaknya tidak pulang ke rumah,” katanya.

Menurut ibunya, Nur Hidayah keluar untuk membeli air kemudian tidak pulang sehingga hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja tersebut diminta tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Sarjan Mohd Haizal Umar di talian 01121001076 atau bilik Gerakan IPD di talian 05-2451500. – SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button