Rencah Hidup

Kementerian Pertahanan diarah realisasikan hasrat dua bekas tentera British nak lawat Kem Terendak

HASRAT dua veteran yang pernah berkhidmat sebagai askar di Malaysi lebih 60 tahun lalu yang ingin mengunjungi kem tentera lama tempat mereka berkhidmat direalisasikan apabila Menteri Pertanahan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan Kementerian Pertanahan membantu kedua-dua bekas askar British itu.

Hishammuddin berkata, beliau telah mengarahkan pejabatnya di Kementerian Pertahanan untuk membantu memudahkan kunjungan Frank Robinson dan David Priestley ke Kem Terendak di Melaka.

“Komander Divisyen Ketiga tentera, Mejar Jeneral Rashidin akan berhubung dengan dua bekas askar Britain itu,” kata Hishammuddin dalam ciapan di Twitter selepas FMT menyiarkan artikel mengenai hasrat kedua-dua warga Britain itu.

Robinson, 80, dan Priestley, 73, berkhidmat dengan tentera British dahulu dan berpangkalan di Kem Terendak di Melaka dan Johor War School, Johor Bahru dari 1961 hingga 1969.

Malangnya, hasrat mereka untuk mengimbau kembali kenangan silam dengan mengunjungi Kem Terendak terhalang apabila dilarang masuk oleh sentri polis tentera tengah hari semalam.

Menurut catatan Facebook oleh wartawan veteran M Veera Pandiyan, mereka diberitahu untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Pertahanan terlebih dahulu.

Kedua-dua warga Britain itu yang menginap di Hotel Ibis di Melaka khuatir mereka tiada masa untuk memohon dan mendapatkan kebenaran mengunjungi kem itu kerana mereka akan pulang ke Yorkshire, England, pada Ahad ini. – SM

(Visited 435 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button