MahkamahNasional

Mahkamah tolak saman fitnah Dusuki terhadap Mujahid

MAHKAMAH Sesyen Shah Alam menolak saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS, Dusuki Rani terhadap bekas Menteri Agama, Mujahid Yusof berhubung dakwaan isu penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam.

Dalam hantaran di Facebook, Naib Presiden parti Amanah itu turut memaklumkan pada prosiding berkenaan, mahkamah telah mengarahkan Dusuki membayar kos RM11,000 kepadanya.

Mujahid berkata, mahkamah dalam penghakimannya memberikan alasan bahawa kenyataan beliau di Twitter bukan suatu fitnah kerana keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Beliau berkata, mahkamah juga memutuskan sebagai bekas menteri hal ehwal agama, dirinya mempunyai tanggungjawab untuk menyangkal dakwaan palsu yang melibatkan Tabung Haji supaya ia tidak disalah anggap sebagai memanipulasi harta umat Islam.

Pada April lalu, Dusuki menyaman Mujahid berikutan satu ciapan dibuat oleh beliau pada November 2020 yang mengatakan bahawa Dusuki adalah seorang pemfitnah.

Ini berikutan ceramah Dusuki yang menyentuh bahawa aset Tabung Haji dan syarikat berkaitan dengannya telah dijual di bawah harga pasaran. – SM

(Visited 488 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button