GajetUlasan

Realme siri C terkini, harga mampu milik

TAHUN lalu, kemunculan beberapa model telefon pintar kelas permulaan realme siri C mencuri tumpuan pengguna apabila ia ditawarkan pada harga mampu milik.

Walaupun dijual pada harga rendah, realme siri C sinonim dengan penawaran spesikasi yang canggih dan rekaan memukau setanding peranti mercu. 

Antara model yang terus menjadi rebutan adalah siri realme C15 dengan pilihan memori 4GB+128GB berasaskan eMMC.

Kapasiti bateri besar

Sejak awal kemunculan realme siri C, ciri penting yang menjadi tarikan utama adalah kapasiti baterinya yang besar. 

Untuk model realme C15 sahaja, ia hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh. 

Dengan kapasiti sebesar ini, pengguna tidak perlu risau untuk mengecas peranti berulang kali walaupun selepas beberapa penggunaan dalam hari yang sama.

Berdasarkan ujian, model ini mampu bertahan melebihi satu hari penggunaan selepas pengecasan penuh.

Jika anda mengaktifkan mod ‘standby’, ia mampu bertahan sehingga 48 hari, membuktikan keupayaan sistem operasinya yang efisien.

Sokongan Super Power Saving Mode pula menjadi nilai tambah untuk realme C15, sesuai bagi pengguna yang sibuk dengan kerja seharian.

Anda boleh memilih untuk mengaktifkan sehingga enam aplikasi kegemaran, dan realme C15 akan mengabaikan aplikasi lain secara automatik bagi penjimatan bateri.

Pengguna juga tidak perlu menunggu lama untuk mengecas realme C15 kerana ia menyokong pengecasan pantas 18W, hanya 30 minit diperlukan untuk 25 peratus bateri.

Rekaan menarik

Dari segi rekaan, siri realme C15 hadir dengan skrin 6.5-inci LCD, berserta resolusi 20:9 membuatkan peranti ini lebih selesa untuk dipegang. 

Capaian pada keseluruhan skrin juga lebih mudah meskipun hanya menggunakan sebelah tangan.

Selain itu, ‘notch’ pada realme C15 dilihat lebih kecil berbanding model keluaran sebelumnya. 

Dinamakan sebagai ‘mini-drop’, rekaan baharu ini membuatkan telefon pintar anda tampak lebih premium dan elegan.

‘Mini-drop’ turut menawarkan pengalaman penggunaan lebih baik, mengelakkan pengguna terganggu terutamanya ketika bermain permainan mudah alih atau ketika menonton video.

Lebih menarik, model ini turut dilengkapi pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian belakang peranti, memberi lebih kemudahan kepada pengguna untuk mengakses telefon. 

Harga mampu milik

Bagi memenuhi permintaan pengguna, realme hari ini mengumumkan harga baharu lebih rendah untuk tiga model realme siri C iaitu:

  • C15 4GB+128GB: RM699 RM599
  • C15 4GB+64GB: RM549  RM499
  • C21 3GB+32GB: RM499 RM459

Untuk model realme C21 pula, peranti baharu ini disertakan paparan skrin besar berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9, sama seperti realme C15. 

Ia juga dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 10W melalui kabel microUSB.

Berdasarkan spesifikasi ditawarkan pada realme C15 dan realme C21, tidak hairan jika telefon pintar realme siri C terus relevan dan menjadi kegilaan pengguna masa kini. 

Jangan lepaskan peluang mendapatkan telefon pintar realme C15 dan realme C21 dengan segera. Anda boleh mengunjungi pengedar sah realme bermula hari ini!

 

(Visited 481 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button