Nasional

RapidKL hentikan operasi platform sementara waktu

Operasi di Platform 1 Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek bagi Laluan Ampang/Seri Petaling pagi tadi terhenti beberapa jam atas faktor keselamatan.

Rapid KL menyatakan di Facebook bahawa ia adalah langkah berjaga-jaga yang perlu kerana kawasan sekitar stesen itu terlalu sesak dengan pengunjung yang berada di sana untuk menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, ia berkata Platform 2 kekal beroperasi.

“Atas sebab keselamatan, tren perkhidmatan tidak akan berhenti untuk menurunkan dan mengambil penumpang di Stesen LRT Bandaraya yang turut sesak dengan pengunjung.

“Penumpang di Laluan Ampang/Sri Petaling/Kajang yang ingin pulang berikutan acara di Dataran Merdeka dinasihatkan menggunakan stesen alternatif seperti Plaza Rakyat, Merdeka, dan Sultan Ismail bagi mengurangkan kesesakan di stesen Masjid Jamek dan Bandaraya.”

Bagaimanapun, pada jam 10 pagi tadi, Rapid KL mengumumkan operasi di Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bagi Laluan Ampang/Sri Petaling telah disambung semula sepenuhnya.

Kelihatan orang ramai di sepanjang Jalan Tun Perak di hadapan stesen LRT yang ditutup kepada kenderaan di kedua-dua arah.

“Semua orang dikehendaki mengikut arahan kakitangan untuk perjalanan yang lebih lancar,” katanya.

Tinjauan di Stesen LRT Masjid Jamek sejak awal pagi tadi menyaksikan premis itu dipenuhi orang ramai yang menghadiri perarakan di Dataran Merdeka.

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button