Auto TravelNasional

Rapid KL mengingatkan penumpang bawa surat kebenaran

Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan pada minggu lalu, bermula hari ini, 10 Mei hingga 6 Jun pergerakan merentas daerah adalah dilarang sama sekali di seluruh negara tidak kira anda berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dengan pengumuman arahan tersebut, mereka yang terpaksa merentas daerah mahupun negeri untuk ke tempat kerja perlu mendapatkan surat kebenaran dari majikan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membolehkan mereka melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang kini giat dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan arahan untuk tidak merentas daerah ini sentiasa dipatuhi oleh orang awam.

Namun perlu diingat, surat kebenaran tersebut bukan hanya diperlukan untuk melepasi SJR sahaja, malah mereka yang menggunakan pengangkutan awam juga perlu melampirkan surat berkenaan kepada penguatkuasa apabila di minta. Sehubungan itu, pengendali pengangkutan awam, Rapid KL mengingatkan penumpang yang menggunakan perkhidmatannya termasuk tren dan bas yang untuk ke tempat kerja yang perlu merentas daerah agar sentiasa membawa surat kebenaran berkenaan.

Dalam kenyataan asing yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei lalu, pihak polis diarahkan bukan sahaja untuk melakukan SJR, malah turut berhak menahan orang awam yang cuba merentas daerah dan negeri menggunakan pengangkutan awam termasuk KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monorail dan juga E-Hailing dan memastikan mereka mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button