EkonomiNasional

SME BANK terbit kempen eksperimen media sosial “Kemanisan Memberi”

Kempen eksperimen media sosial SME Bank sempena bulan Ramadan yang bertemakan “Kemanisan Memberi” telah membuktikan masyarakat Malaysia, khususnya usahawan Asnaf yang memerlukan bantuan untuk berniaga sanggup berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan.

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Objektif utama kempen eksperimen media sosial SME Bank ini adalah untuk melihat sama ada masyarakat sekarang yang sedang dihimpit oleh pelbagai cabaran sanggup menghulurkan bantuan kepada orang lain yang lebih memerlukan sejajar dengan nilai murni sebagai rakyat Malaysia.”

Ana Suriaty Abu Bakar (tengah) usahawan yang muncul dalam episod pertama “Kemanisan Memberi” memenuhi janji dan menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Muhammad Hussin Mohamad, Penyelia Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad (kanan) sambil disaksikan oleh Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail (kiri).

SME Bank menerbitkan 10 episod dengan penglibatan lapan (8) usahawan Asnaf yang dibimbing oleh SME Bank melalui program ISHRAF yang telah dijalankan pada Ogos tahun lepas.  Kempen eksperimen media sosial ini memaparkan reaksi spontan usahawan-usahawan tersebut apabila mereka diminta untuk membantu individu yang berada dalam kesusahan dengan kadar segera. Usahawan-usahawan tersebut telah didekati oleh para pelakon dan situasi tersebut telah dirakam melalui kamera tersembunyi. Setiap episod memaparkan usahawan serta jalan cerita yang berbeza antaranya termasuk menolong anak-anak yatim, graduan yang menganggur dan pelbagai lagi. Sekiranya usahawan yang terpilih ini sudi membantu mereka yang dalam kesusahan tersebut, wang tunai antara RM1,000 hingga RM3,000 diberikan kepada mereka sebagai ganjaran.

Episod pertama telah mula ditayangkan pada 16 April 2021 di semua platform media sosial SME Bank dan episod terakhir dijangka ditayangkan pada 25 Mei 2021.  Setakat April 2021, video-video yang telah ditayangkan mendapat jumlah tontonan melebihi 100,000 melalui semua platform media sosial SME Bank dan juga ‘influencers’.

Ahmad – penerima ganjaran kempen eksperimen media sosial Ramadan, SME Bank ‘Kemanisan Memberi’ Episod ke-2.

Terdahulu, Aria hadir pada Majlis Sumbangan Korporat di Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad di Kota Damansara, Petaling Jaya yang telah berlangsung pada 26 April 2021, bersempena dengan rakaman episod ke-10 yang melibatkan usahawan-usahawan yang telah bersetuju untuk memberikan sumbangan makanan untuk berbuka puasa, barangan keperluan harian seperti beras, bihun, sanitizer, pelitup muka, sabun, minyak wangi dan wang tunai kepada Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad. SME Bank turut menyampaikan wang sumbangan berjumlah RM5,000 dan duit raya kepada 30 orang kanak-kanak Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad.


Selain daripada Majlis Sumbangan Korporat di Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, SME Bank juga turut menganjurkan beberapa program Tanggungjawab Korporat yang lain sempena bulan Ramadan tahun ini.  Antaranya ialah penyerahan sumbangan “Kotak Rezeki” ke Pusat Jagaan Orang Tua Sri Mesra di Ampang dan serahan pek makanan berbuka puasa kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan di bawah kelolaan Yayasan Kebajikan Negara.  Semua cawangan SME Bank di seluruh negara turut mengadakan program Ramadan dengan jumlah keseluruhan peruntukan bernilai lebih RM72,000

(Visited 108 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button