Hiburan

Rapat dengan Neelofa sebab kerja

SERING dilihat bersama dengan selebriti terkenal, Neelofa, ramai yang mula beranggapan bahawa terdapat hubungan istimewa diantara pelakon dan Pencetus Ummah (PU) Riz dengan wanita itu.

Namun, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail menyangkal terdapat hubungan istimewa di antara mereka berdua.

Sebaliknya, lelaki itu memberitahu hubungannya dengan Neelofa hanya kerana kerja semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

“Saya memang dah lama kenal Neelofa dan kerja kami sebenarnya adalah berkenaan dengan usaha dakwah sahaja.

“Saya tidak mahu sebarang kontroversi mengenai perkara ini, kita nak buat kerja baik, kerja agama,” katanya

Menurut PU Riz lagi, dia enggan memberikan komen mengenai status dirinya pada ketika ini dalam kamus hidupnya tidak pernah ada istilah teman wanita.

“Nak mengenali seseorang itu saya tiada masalah cuma tiada istilah girlfriend dalam Islam. Nak mengorat wanita itu bukan cara saya.

“Tentang netizen yang suka tengok saya dengan Neelofa bersama itu saya tak boleh nak buat apa sebab kita tak boleh nak kawal apa yang mereka nak katakan,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button