Politik

5 ADUN Bersatu nyata sokong PN pada Sultan Johor

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam.

Mereka adalah ADUN Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh, ADUN Sedili, Rasman Ithnain; ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari, ADUN Endau, Alwiyah Talib dan ADUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad.

Menurut Che Zakaria, mereka berlima memohon untuk mengadap Sultan Ibrahim untuk menyembah maklum kepada Sultan Johor bahawa mereka setia kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Polemik politik Johor kembali hangat apabila bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, merangkap ADUN Kempas, dilihat dalam majlis-majlis yang diadakan oleh pemimpin pembangkang dari parti Pejuang.-SM

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button