Nasional
Ranau dilanda gempa bumi lemah
GEMPA bumi lemah berukuran 2.8 pada Skala Richter melanda Ranau, Sabah, pada 2.04 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman lima kilometer.
“Gempa bumi itu berlaku dua kilometer tenggara dari Ranau,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, gegaran mungkin dirasai di sekitar daerah berkenaan. – BERNAMA