Bencana alamNasionalpilihan

KPLB segerakan kerja pembaikan rumah mangsa banjir di Baling

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membuat penilaian segera bagi menyalurkan bantuan pembaikan rumah mangsa banjir di daerah Baling, Kedah.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB mempunyai peruntukan khas bagi bantuan yang berkaitan malapetaka dan bencana.

“Kita ada peruntukan segera, di bawah kementerian pun ada peruntukan segera yang boleh digunakan, jadi saya dah bercakap dengan KSU saya tadi bahawa kita akan gunakanlah peruntukan sebab ini dia termasuk dalam kategori malapetaka dan bencana lah.

Kalau baiki rumah, kita nak tengok lah segera, GiatMara akan turun esok, kita tengok tiap-tiap rumah, pengarah KPLB pun ada di sini dan kita tengok satu rumah tu berapa yang patut kita baiki dan kalau yang boleh baiki tu kita baiki teruslah sebab ini bencana.”

Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kemusnahan rumah mangsa banjir di daerah Baling, Kedah. Foto: UKK KPLB

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di kawasan bencana banjir di Kampung Sungai Iboi, di sini petang semalam.

Turut serta, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Ruji Ubi.

Jelas Mahdzir, pihaknya akan melaksanakan proses kelulusan khas bagi menyediakan peruntukan bantuan pembaikan rumah, bina baharu dan juga pembinaan semula infrastruktur yang rosak seperti jambatan kecil.

Semua bentuk bantuan dan pengendalian mangsa bencana katanya, akan diselaraskan oleh ICU JPM. Antara keutamaan yang perlu disegerakan adalah berkaitan infrastruktur awam seperti jambatan.

Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kemusnahan rumah mangsa banjir di daerah Baling, Kedah. Foto: UKK KPLB

“Antara benda yang perlu disegerakan adalah untuk membuat sambungan jambatan di Sungai Iboi ini lah untuk membolehkan orang seberang sana seberang sini, sekolah ada seberang sini, masjid di seberang sana, jadi nak disegerakanlah.

Jambatan sementara lah, sebab jambatan yang solid tu ia memakan masa tapi kalau yang itu lambat lah sebab dia nak kira sebut harga, nak kira konsultan lagi kan, jadi kita buat yang segera dahulu.”

Tambah beliau, KPLB juga akan menggerakkan pasukan sukarelawan bencana daripada GIATMARA untuk membantu dari segi pendawaian elektrik rumah mangsa bencana.

“Jadi ada kaedah-kaedah yang Insha Allah esok akan diputuskan oleh ICU dan lain-lain ada rumah yang hilang yang setakat ini yang telah dimaklumkan ada 7 buah dan ada rumah yang patut dibaiki, yang itu pun kami dah ada, dia orang dah buat senarai”, kata Mahdzir.

Beliau turut memaklumkan, tiga buah rumah mangsa banjir yang terlibat adalah milik kakitangan agensi di bawah KPLB iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Manakala tiada premis tabika atau tadika KEMAS terlibat dalam bencana itu. – SM

Artikel berkaitan > Perdana Menteri zahir simpati, arahkan NADMA bantu mangsa banjir di Baling

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button