NasionalpilihanPolitik

Rakyat perak.. sedia untuk terima 50,000 tapak rumah jika PN menang!

Perikatan Nasional (PN) Perak menawarkan 50,000 tapak rumah kepada rakyat di negeri ini jika diberi mandat mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tawaran itu merupakan salah satu yang terkandung di dalam Manifesto PN Perak dilancarkan pada Khamis.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bertemakan PN Baik Perbaiki Negeri Bersama Agenda Inisiatif Kemakmuran, manifesto tersebut bersandarkan kepada lima teras utama dengan fokus terarah kepada pendidikan, sosial, wanita, infrastruktur dan kelestarian alam sekitar.

Menurutnya, selain pemberian tapak rumah PN Perak turut menawarkan baucer pembelian gadget termasuk komputer riba dan tablet sehingga RM1,000 dan baucar pembelian buku.

“Bantuan perkahwinan antara inisiatif yang dicadangkan oleh PN Perak dalam usaha memudahkan pasangan-pasangan di negeri ini untuk melangsungkan perkahwinan kali pertama. Manfaat ini diharap dapat mengurangkan tekanan kepada pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.

“Kaum wanita akan terus diberikan tumpuan khas. Kerajaan PN Perak komited untuk memastikan kaum wanita berdaya saing maju dalam bidang ekonomi dan ramai usahawan wanita dapat dilahirkan. Menerusi Pelan Pembangunan Peluang Pekerjaan Ekonomi Wanita Baru (EWB), penyertaan kaum wanita dalam bidang ekonomi dapat dipertingkatkan,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Manifesto PN Perak di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Ahmad Faizal berkata, nilai kad Kasih Ibu Darul Ridzuan juga akan dinaikkan daripada RM290 kepada RM400 sebulan sejajar dengan kenaikan kadar pembelian barangan asas keperluan serta perbelanjaan kesihatan.

Menurutnya, PN Perak juga berhasrat untuk membangunkan pusat penyelidikan Kecerdasan Pembuatan serta Stadium e-Sukan.

Sementara itu, ketika sidang akhbar, Ahmad Faizal berkata, pelancaran manifesto pada saat akhir iaitu dua hari sebelum hari mengundi bukanlah gula-gula pilihan raya untuk pengundi.

Menurutnya, tawaran yang dibuat itu merupakan keperluan dan menjadi keutamaan untuk didahulukan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button