fbpx
Rencah Hidup

Rakan Siti Kasim maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk

RAKAN peguam Siti Kasim maut dipercayai dirempuh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dalam status terbaharu di Facebook, Siti Kasim berkata, beliau bersedih dengan pemerigian rakannya yang dikenali sejak 11 tahun lalu.

“Dia didakwa dilanggar oleh pemandu mabuk. Pertama kali saya bertemu dengannya 11 tahun yang lalu pada acara amal larian malam untuk Orang Asli. Saya tidak menyertai. Hadir untuk memberi sokongan moral kepada pelari yang mengutip sumbangan untuk Orang Asli.

“Saya mesti mengakui bahawa beliau seorang yang tampan dan mempercayai apa yang saya lakukan. Beliau seorang lelaki yang kuat dan mempunyai semangat untuk melakukan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya berharap dia dikelilingi dengan kasih sayang ketika hidupnya. Dan saya juga berharap saya menunjukkan kasih sayang yang sama kepada beliau. Awak akan sentiasa diingati dan dirindui Khairul Anuar,” tulis Siti Kasim dalam hantaran di Facebooknya.


Media semalam melaporkan seorang pekerja syarikat kurier maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan hala ke ibu negara awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun yang juga pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan rakannya yang parah dirawat di Zon Merah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kedua-dua mangsa adalah rakan sekerja dan tinggal serumah dan mangsa yang meninggal dunia dikatakan baru tiga hari bekerja di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya.

Ketika kejadian, kedua-duanya baru habis bertugas dan dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di ibu negara.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan mendapati pemandu berada di bawah pengaruh alkohol dan ujian mendapati paras alkohol di dalam tubuhnya tinggi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button