NasionalNegeriPendidikan

Raja Puan Muda berkenan rasmi Konvokesyen Graduasi Sistem Latihan Dual Nasional

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Majlis Konvokesyen Graduasi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan SKM-PPT & DKM-PPT Perlis di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda bagi memenuhi undangan Pusat Latihan Bertauliah Wahyuni Spa Kangar itu disambut oleh Pengasasnya, Azrina Ibrahim.

Raja Puan Muda berkenan menyampaikan sijil-sijil kepada para graduan di majlis konvokesyen yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) buat pertama kalinya dilaksanakan oleh Pusat Bertauliah berkenaan di sini.

Azrina memaklumkan bahawa pihaknya didaftarkan sebagai pusat bertauliah SLDN sejak 2016 lagi bagi melaksanakan latihan pekerjaan terapi spa tahap tiga.

Terang beliau, seramai 45 graduan telah mendapat penempatan pekerjaan yang disediakan oleh Wahyuni Spa hasil kolaborasi bersama beberapa agensi termasuklah MARA, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Pihak Berkuasa Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA).

 

“Sistem Latihan Dual Nasional adalah sistem latihan bekerja sambil belajar. Pada masa yang sama akan diserap masuk bekerja terus di industri terlibat seperti di Perlis ditawarkan bidang kesihatan dan kecantikan”, katanya.

Untuk rekod, SLDN ini dilaksanakan sejak tahun 2005 lagi berperanan bagi melatih tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan penumpuan dalam pekerjaan yang dinamik bersesuaian perubahan teknologi.

BACA https://suaramerdeka.com.my/raja-puan-muda-berkenan-rasmi-program-jalinan-kasih-mara-rcb-2023/

BACA https://suaramerdeka.com.my/raja-puan-muda-perlis-berkenan-rasmi-program-boling-amal-pkayps/– SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button