AgamaNasionalNegeri

Raja Puan Muda berkenan rasmi program Jalinan Kasih MARA, RCB 2023

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan perasmian program Jalinan Kasih Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Rural Capital Berhad (RCB) 2023 di Masjid Saidina Uthman Al-Affan Kampung Surau, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda ke program yang dianjurkan sempena sambutan Hari MARA Ke-57 dan juga ulang tahun RCB Ke110 itu disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RCB, Hiruddin Hashim dan CEO Petronas Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd., Mohd Zameer Zahur Hussin.

Turut hadir, CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Zulfikri berkata, RCB membelanjakan RM23,539.76 untuk kerja-kerja membaik pulih rumah asnaf oleh pelatih GiatMARA dan RM5,000 lagi disumbangkan kepada Rumah Seri Kenangan, Kangar.

“Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang melibatkan golongan asnaf ini akan dilaksanakan secara berterusan dengan usaha sama MAIPs antaranya, usaha atau inisiatif untuk menempatkan anak-anak asnaf menyambung pengajian ke mana-mana institusi pendidikan MARA,” katanya.

Pada sebelah paginya telah diadakan program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli bersama MARA dan RCB yang di mana tiga rumah keluarga asnaf telah disantuni.

Setiap asnaf menerima sumbangan zakat MAIPs tunai RM700 setiap seorang beserta kit MAIPs Peduli berisi makanan asas dan beras fidyah.

Asnaf ini juga menerima sumbangan tambahan dloleh Mohd Zameer bagi pihak Petronas Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd berjumlah RM350.

Untuk rekod, selain daripada aktiviti bersifat komersial, RCB juga giat melaksanakan aktiviti berbentuk CSR.

Pelaksanaan program khidmat masyarakat MARA melalui anak-anak syarikatnya turut menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan.

Selain pendidikan, MARA turut memberi fokus kepada aspek keusahawanan khususnya dalam membangunkan masyarakat luar bandar. – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button