NasionalNegeri

Perlis tanam 782, 276 pokok sejak Kempen Penanaman 100 juta Pokok 2021

Perlis telah menanam 782, 276 pokok sejak Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dilancarkan pada tahun 2021.

Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Awang Shaffie Awang Ahmadni berkata, sejumlah 201, 849 pokok telah ditanam pada tahun pertama kempen dilancarkan.

Kempen menanam pokok di Masjid Al Munawarrah di Mata Ayer, Perlis.

Katanya, 494, 445 pokok lagi ditanam di sepanjang tahun lalu di negeri ini.

“Sepanjang tahun ini pula sehingga 17 Mac sebanyak 85, 982 pokok telah ditanam,” katanya.

Awang Shaffie berkata, kejayaan penanaman pokok dalan jumlah sebesar ini hasil kerjasama semua pihak termasuk swasta, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti kampung dan orang perseorangan.

BACA https://suaramerdeka.com.my/kementerian-akan-siasat-aktiviti-kartel-dalam-sektor-makanan-pertanian/

Tambahnya, penanaman semula pokok getah juga turut termasuk dalam kempen ini.

Awang Shaffie lagi, Perlis menyasarkan 200, 000 pokok ditanam dalam tempoh setahun bagi melengkapkan kempen terbabit dalam tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025.
BACA https://suaramerdeka.com.my/penting-tanam-pokok-jaga-ekosistem-biodiversiti-negara-raja-muda-perlis/
“Pelbagai jenis pokok telah ditanam antaranya pokok teduhan seperti tekoma serta pokok hiasan bunga tanjong yang ditanam di tempat awam,” tambahnya.

“Di kawasan komuniti pula ia melibatkan penanaman pokok buah-buahan,” katanya. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button