NegeriRencah Hidup

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis ucap Selamat Berpuasa

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan meninjau kerja-kerja pembinaan Bangunan Tambahan Ruang Solat di Masjid Al-Ariffin, Padang Katong, Kangar.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menzahirkan ucapan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Ucapan yang sama turut disampaikan oleh anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat meninjau kerja-kerja pembinaan Bangunan Tambahan Ruang Solat di Masjid Al-Ariffin, Padang Katong, Kangar.

Masjid Al-Ariffin telah disumbangkan oleh Tan Sri Datuk Seri Ariffin Mohd Yusuf, seorang usahawan dalam bidang farmaseutikal dan peranti perubatan yang turut menyumbang kepada pembinaan dan baikpulih beberapa buah lagi masjid di negeri Perlis.

Keberangkatan Baginda diiringi sama oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan meninjau kerja-kerja pembinaan Bangunan Tambahan Ruang Solat di Masjid Al-Ariffin, Padang Katong, Kangar sambil diiringi Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda bertitah agar sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini, dijaga kesihatan diri masing-masing sebaik mungkin dengan mengamalkan Bersahur, Pemakanan yang sihat dengan pemilihan nutrisi yang betul dan minum air secukupnya.

Raja Muda turut menasihatkan supaya dikurangkan pengambilan lemak, garam dan gula, serta membeli juadah yang sihat dan di gerai yang bersih sahaja. – SM

BACA Pusat Islam KUIPs agih Bakul Ramadan kepada pelajar, kakitangan

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button