JenayahNasionalNegeri

Lelaki 8 rekod lampau ditahan lagi miliki mercun, bunga api

SEORANG lelaki yang memiliki lapan rekod lampau masih tidak serik sekalipun telah empat kali dihukum oleh mahkamah.

Terbaharu lelaki berusia 37 tahun yang kini peniaga makanan sejuk beku di Kuala Perlis ini telah ditangkap kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api secara haram di rumahnya Taman Guar Gajah, Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis.

Ahmad Mohdin Md Rodi

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, lebih kurang pukul 5.30 petang pada 11 Mac lalu, pengadu bersama pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Arau yang bertindak dalam Op Kontraban/Hambat telah ke sebuah rumah di Taman Guar Gajah, Arau, Perlis.

“Setelah sampai di alamat tersebut di mana pengadu telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan mempamerkan kad kuasa kepada suspek yang berada di hadapan rumah itu mengaku sebagai tuan rumah tersebut nama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, pengadu bersama anggota telah masuk ke dalam rumah tersebut dan menjalankan pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan itu telah ditemui pelbagai jenis mercun dan bunga api yang berada pada bahagian ruang tamu di dalam rumah tersebut.

Antara bunga api dan mercun yang dirampas dari suspek di Taman Guar Gajah, Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis.

Berikutan itu katanya, suspek telah ditahan dan kesemua barang kes tersebut telah dirampas.

Katanya, antara rampasan itu termasuk sebuah kotak berwarna coklat tertera tulisan Happy Boom Assorted Celebration Cake (1.5 Inci, 138 Shot) didalamnya mengandungi (4) kotak Happy Boom Assorted Celebration Cake.

Selain itu katanya, empat kotak berwarna coklat tertera tulisan Happy Boom Mancis didalamnya mengandungi (240) kotak Happy Boom Mancis dan pelbagai lagi jenis mercun dan bunga api.

Beliau berkata, anggaran nilai rampasan tersebut lebih kurang RM8,000.

“Dipercayai stok ini baharu sampai pada pagi hari kejadian di mana suspek membelinya secara pukal dari sebuah syarikat di Rawang, Selangor,” katanya.

Katanya, suspek telah ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – SM

BACA Main bunga api dan mercun selepas jam 12 malam bakal didenda

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button