NasionalNegeri

Raja Muda ketuai kayuhan ulang tahun DBP Sarawak Ke-45

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengetuai acara kayuhan berbasikal sempena sambutan ulang tahun penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) ke-45 di Kuching, Sarawak semalam.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazruddin Abdul Rahman dan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai.

Turut serta ialah Timbalan Ketua Pengarah JPA (Operasi) Datuk Ts. Kamel Mohamad, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, Panglima 1 Divisyen Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Hassan Embong dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datu Dr. Sabariah Putit.

 

Kira-kira 100 peserta dari Persatuan Berbasikal Sarawak mengiringi Baginda dalam kayuhan sejauh 20 kilometer yang bermula dari Pustaka Negeri Sarawak dan berakhir di Pejabat DBPCS.

Tuanku Syed Faizuddin dan para peserta singgah di Masjid Al-Ghazali sebelum meneruskan kayuhan ke Masjid Al-Abyad, Matang Jaya melalui Kampung Temenggung Haji Gobil, Kampung Semerah Padi, Matang Jaya, Kampung Tupong dan Kampung Lintang.

Program berkenaan dikelolakan oleh DBPCS dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak, Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak, Kelab Berbasikal Matang Jaya dan pelbagai agensi peringkat persekutuan serta Sarawak.

Objektif program ialah untuk mempromosikan peranan, fungsi serta kepentingan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu elemen teras pembinaan tamaddun bangsa dan negara bangsa Malaysia selain wadah untuk menyebarluaskan bahasa dan meningkatkan kepentingan bahasa kepada masyarakat Malaysia.

Penglibatan kepelbagaian pihak dalam program ini mencerminkan keprihatinan masyarakat dalam memastikan penggunaan bahasa kebangsaan serta pengukuhan sastera mampu dimartabatkan dalam pelbagai bidang di negeri ini.

Untuk rekod, DBPCS ditubuhkan sejak Januari 1977.

Penubuhan DBPCS ini bertujuan untuk mengambil alih Biro Kesusasteraan Borneo (BLB) yang telah ditubuhkan pada tahun 1959.

Dengan pengambilalihan fungsi BLB ini, bermakna DBPCS merupakan agensi yang bertanggungjawab penuh dalam soal pembinaan, pengembangan dan pemartabatan bahasa dan sastera di Sarawak, di samping tugas yang amat penting untuk menyokong perkembangan bahasa dan sastera, iaitu penerbitan dan pemasaran buku terbitan DBP.

Sejak penubuhan itu, DBPCS menjadi pusat serta tumpuan para peminat, pengkaji dan khalayak bahasa dan sastera di Bumi Kenyalang.

Pejabat Cawangan ini menjalankan tugas pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera serta menjalankan tugas penerbitan dan pemasaran buku.

Justeru, DBPCS perlu terus bertindak dan berperanan sebagai sebuah organisasi yang mendukung usaha-usaha untuk memasyarakatkan bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. – SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button