Politik

PRU15: Nurul Izzah yakin angkat barisan kepimpinan tempatan di Perlis

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang dipertanggungjawab menerajui Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis memberi kepercayaan penuh terhadap barisan kepimpinan tempatan yang dilihat lebih mampu diangkat bagi memperkuatkan jentera parti.

Beliau berkata, sekaligus segala potensi yang ada akan dapat digunakan secara maksimum.

Nurul Izzah juga percaya dengan bakat-bakat yang ada ini dapat diganding bagi menghasilkan barisan kepimpinan yang mantap.

“Saya amat menghargai semua pihak di sini yang bekerja keras selain menjalin hubungan sedia ada dengan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk pada majlis Santai Ngopi di Haus Burger, Taman Muhibbah, Jejawi, Arau petang semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Noor Amin Ahmad yang juga dilantik Timbalan MPN negeri, Naib Pengerusi PKR negeri, Amran Kamarudin, Gan Ay Ling dan Asrul Nizan Abd. Jalil serta Ketua Penerangan PKR negeri, Nor Azam Karap.


Nurul Izzah pertama kali ke Perlis sejak dilantik sebagai Pengerusi MPN Perlis pada 11 Ogos lalu, memulakan jelajah dengan merasmikan Pejabat PKR Cabang Arau pada pukul 4 petang.

Beliau juga merasmikan Kempen “Better Perlis” di kawasan DUN Sena semasa majlis Santai Ngopi di Taman Muhibbah.

Nurul Izzah kemudiannya bergerak ke Pejabat PKR Padang Besar Bersama AJK Cabang, AJK Wanita dan AJK AMK Padang Besar.

Selepas itu beliau bersama Team Ayuh Malaysia Perlis bagi perasmian Pejabat Ayuh Malaysia Perlis di Kangar sebelum mengakhiri jelajah ini. – SM

(Visited 55 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button