Mahkamah

Penjelasan kes Rosmah berdasarkan penghakiman

1. Negara dikejutkan dengan pengumuman Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zaini Mazlan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah keatas ketiga-tiga pertuduhan rasuah, dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ringgit.

*LATAR-BELAKANG KES.*

2. Syarikat Jepak Holdings Sdn. Bhd. memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan satu Projek Solar Hibrid bagi 369 Sekolah Luar Bandar di Negeri Sarawak bernilai RM1.25 bilion ringgit secara runding terus.

3. Syarikat Jepak dipunyai oleh Saidi dan Saidi amat gembira apabila DS Mahdzir Khalid dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang baru pada pertengahan tahun 2015 kerana Saidi amat mengenali Mahdzir semenjak tahun 1990han.

Maka, Saidi mula melobi Projek ini, yang merupakan idea Saidi.

4. Projek ini mempunyai 2 komponen iaitu ;

(i). Mengambil alih projek maintenance diesel generator sets, yang digunakan oleh kontraktor sekarang ; dan

(ii). Memperkenalkan Projek Solar Panel Hybrid untuk sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak.

5. Saidi dan Rayyan Radzwill (rakan niaga Saidi) mengadakan perjumpaan dengan Mahdzir Khalid (Menteri) untuk mengemukakan projek ini.

Walau bagaimanapun, Mahdzir tidak berapa berminat dengan proposal projek ini kerana projek ini memerlukan specialised skill (skil tertentu) dan Mahdzir kuatir Syarikat Jepak tidak akan berupaya untuk menjalankan projek sebesarnya ini.

Tambahan pula, Kementerian mempunyai komitmen yang besar dengan Syarikat-Syarikat yang mendapat Kontrak Projek Gen Set Diesel.

6. Saidi dan Rayyan tidak berpuas hati, mereka melobi pula kepada Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Pahang, bertujuan untuk mendapatkan minit sokongan dari Dato’ Seri Najib Razak, Ketua UMNO Bahagian Pekan merangkap Perdana Menteri.

Mereka berjaya dapat minit daripada PM Najib berbunyi, *”Bersetuju dilaksanakan sistem baru ini dan batalkan sistem lama.”*

7. Setelah menerima minit daripada PM ini dari Saidi, Mahdzir Khalid mengarahkan Kementerian mengujudkan satu Pasukan Teknikal untuk mengkaji cadangan tersebut.

Mahdzir adakan perbincangan dengan KSU dan Penasihat Undang-Undang Kementerian mengenai minit arahan PM ini kerana Mahdzir kuatir kepada implikasi kewangan yang besar dan undang-undang sekiranya kontrak Projek Gen Set Diesel dibatalkan begitu sahaja. Lagi pula Kementerian sudah pun mempunyai cadangan untuk menyambungkan beberapa sekolah pendalaman berkenaan kepada kuasa Elektrik pada masa hadapan.

8. Setelah tidak mendapat kerjasama dari Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan, Saidi dan Rayyan masih tidak puas hati.

Saidi dan Rayyan mengadakan perjumpaan dengan Rizal Mansor (Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor) pada bulan Januari – Februari 2016 di Seri Pacific Hotel dan di Lygon Bistro, Sunway Putra Mall.

Di sini Saidi meminta Rizal mendapatkan pertolongan daripada yang tertuduh (Rosmah), agar Kementerian dapat meluluskan Projek tersebut.

Saidi dan Rayyan menawarkan sumbangan politik sebanyak 10% peratus daripada jumlah nilai projek tersebut.

9. Saidi dan Rayyan dibawa berjumpa dengan Rosmah Mansor di Jalan Langgak Duta (kediaman Rosmah) pada Januari – Februari 2016.

Disini Saidi menerangkan cadangan projek tersebut kepada Rosmah dan tunjukkan minit yang ditanda-tangan oleh PM Najib Razak.

10. Diperjumpaan ini, Rosmah bersetuju untuk membantu mereka.

Dan kemudiannya diperjumpaan di Lygon Cafe, pada hari yang sama, Rizal memaklumkan kepada Saidi dan Rayyan bahawa Rosmah meminta sumbangan tersebut dinaikkan kepada 15% peratus.

BERSAMBUNG ………

 

(Visited 637 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button