NegeriRencah Hidup

Raja, Raja Perempuan Perlis sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-57

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh Tuanku Tengku Fauziah dan Mohd Zaini Hashim semasa Baginda berangkat ke majlis santapan malam di Wisma Perwira, Markas 30 Briged, Kem 30 Infantri Bukit Cowder, Mata Ayer, malam tadi.

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang Ke-57 pada hari ini (15 Februari).

Dipersembahkan ucapan tahniah dan pada masa yang sama memohon keberkatan dari Allah SWT agar memperkukuhkan lagi rasa kasih sayang, barakah, kemesraan, kesenangan dan semua kebaikan kepada ikatan perkahwinan Baginda berdua.

Semoga Allah memelihara Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah beserta anakanda-anakanda dan cucunda-cucunda Baginda berdua sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera, dikasihi rakyat dan keluarga, kuat iman dan teguh pegangan, serta sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan hidup yang berpanjangan.

Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah merupakan panduan dan contoh kepada sekalian rakyat jelata negeri ini sebagai sebuah institusi kekeluargaan dengan sifat kebijaksanaan, toleransi, bertanggungjawab dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Baginda berdua juga diraikan dalam satu majlis santapan malam di Wisma Perwira, Markas 30 Briged, Kem 30 Infantri Bukit Cowder, Mata Ayer, malam semalam.

Tuanku Syed Sirajuddin yang diiringi Mohd Zaini Hashim melihat kek yang dipersembahkan kepada Baginda sempena ulangtahun perkahwinan Ke-57 semasa Baginda berangkat ke majlis santapan malam di Wisma Perwira, Markas 30 Briged, Kem 30 Infantri Bukit Cowder, Mata Ayer, malam tadi.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim serta para pegawai kanan.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda Baginda berdua iaitu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. – SM

BACA The Mines Resort & Golf Club anjur Pertandingan Golf Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis bersama YTSP Perlis

BACA Rumah Hijau, rumah lahir Raja Perlis kini di Muzium Kota Kayang

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button