Alam SekitarNasionalNegeri

Perlis tidak hujan hampir sebulan

SELAMA 29 hari sehingga semalam, tidak setitik pun hujan di Perlis.  Pengarah Meteorologi (METMalaysia) negeri, Mohd. Saharudi Saad berkata, ini berdasarkan kepada catatan stesen utamanya iaitu Stesen Meteorologi Pertanian Chuping.

Mohd. Saharudi Saad

“Setakat ini juga dua stesen lagi iaitu bagi Daerah Kangar di Kuala Perlis (Batu putih) mencatatkan tiada hujan selama 20 hari sehingga semalam dan di Felda Chuping 2 bagi Daerah Padang Besar pula 15 hari tiada hujan sehingga semalam,” katanya.

Mohd Saharudi berkata, setakat ini jumlah hujan yang dicatatkan dari Januari lalu hingga sekarang adalah sebanyak 9.2mm.

“Untuk bulan Februari ini masih tiada hujan direkodkan di pejabat stesen meteorologi utama,” tambahnya.

Dalam siaran media METMalaysia pada 13 Februari lalu juga menjelaskan cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei.

Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35°C pada awal petang.

Setakat ini, suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MET Malaysia adalah 36.9°C, iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu.

Stesen meteorologi utama MET Malaysia mencatatkan suhu tertinggi mencapai 36.9°C adalah di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu. – Gambar Ihsan Google

Berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dijangkakan suhu maksimum harian di negara kita boleh menjadi lebih tinggi dikebanyakan tempat. – SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button