Mahkamah

Lelaki dipenjara dua tahun, satu sebatan mengaku cabul anak saudara

Gara-gara melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia empat tahun, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Tertuduh berusia 27 tahun mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bukit Rambaiantara pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi pada 31 Januari lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 26 dan 27 akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom memohon tertuduh dikenakan hukuman penjara dan sebatan kerana kesalahan dilakukan melibatkan anak saudara berusia empat tahun adalah kesalahan yang serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan atas alasan sudah insaf.

Azaraorni menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula daripada tertuduh ditangkap pada 2 Februari lalu dan satu sebatan. – SM

(Visited 20 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button