Nasional

Rais Yatim antara lima angkat sumpah Senator hari ini

PENGERUSI Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Kesemua mereka merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Upacara angkat sumpah  itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.

mae: Mohd Radzi Sheikh Ahmad Kini Disiasat Polis...?
Selain Rais yang merupakan bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan dan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, turut mengangkat sumpah hari ini ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad yang juga ahli Bersatu.

Tiga lagi ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad; Ketua Dewan Penyokong PAS N Balasubramaniam dan bekas setiausaha politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip.

Dewan Negara mempunyai 70 senator dengan 26 dilantik oleh 13 negeri manakala 44 lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong termasuk dua bagi Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh jawatan adalah tiga tahun atau sepenggal dan seseorang senator hanya boleh dilantik semula sekali sahaja untuk dua penggal berturut.

Sementara itu ketika bertemu media, Rais berkata, antara misinya ialah menjadikan Dewan Negara yang merupakan badan legislatif tertinggi negara, satu contoh yang baik kepada rakyat.

“Alangkah baiknya kami merasakan ditukar imej itu (Dewan Negara) kepada satu musyawarah menggunakan intelek tinggi … membina negara bukan melalui bahasa kasar tetapi sahsiah yang boleh membentuk generasi masa datang

“Kami tidak ada nak berdolak-dalik, semua senat dan anggota senat harus membentuk tekad mengukuhkan kerajaan dan memberi peluang kepada rakyat melihat bahawa senat itu lebih tingginya (kedudukan) dari Dewan Rakyat dalam banyak hal,” katanya.

Sementara itu Idris mahu agenda rakyat diberi keutamaan selepas ini dan permainan politik dikurangkan

“Kita sedar rakyat nak kepada makan minum mereka, penyelesaian hidup keamanan mereka, jadi kita tak nak orang nampak, orang politik ini asyik nak berpolitik, sedangkan mereka kais pagi makan pagi,” katanya. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button