Lifestyle

Rasa Rosz Perluas Pasaran, Tampil Amy Mastura Sebagai Duta

SYARIKAT Rasa Rosz Sdn. Bhd. terus mengukuhkan jenamanya apabila bakal melancarkan lebih 40 produk pes makanan segera tidak lama lagi, menyusuli kejayaan produk popular seperti Ratu Tumis, Sambal Ready To Eat, dan perencah serbaguna Lazzat.

Menurut pemiliknya, Datuk Seri Rozita Ramelan, jenama Rasa Rosz kini semakin bersedia untuk menembusi pasaran lebih luas, merangkumi segmen pengguna domestik dan perhotelan.

Datuk Seri Rozita Ramelan, jenama Rasa Rosz

“Kami telah membangunkan 40 produk untuk kegunaan hotel dan restoran. Bagi pengguna biasa pula, tujuh produk pes serbaguna kini boleh didapati di AEON Big, termasuk pes nasi ayam, nasi pandan, nasi lemak, sambal belacan sedia dimakan, rendang, gulai dan masak lemak cili api,” jelasnya.

Tambah Rozita, sambal belacan Rasa Rosz dijangka memasuki pasaran hujung tahun ini dalam tiga pilihan pembungkusan agar lebih fleksibel untuk pengguna. “Kami juga merancang untuk memasuki rangkaian 7-Eleven dengan produk sambal sedia makan dan pes baharu dalam saiz mini, sesuai untuk golongan bujang dan pelajar,” katanya.

Uniknya, produk pes Rasa Rosz direka dengan konsep ‘multipurpose’ yang memudahkan pengguna — hanya satu pek sudah lengkap dengan segala ramuan asas seperti bawang merah dan bawang putih, sekaligus menjimatkan masa penyediaan makanan.

Rancang Buka Lebih Banyak Cawangan

Menyentuh perkembangan terbaharu, Rozita turut berkongsi perancangan untuk menambah cawangan restoran selepas kejayaan outlet terbaharu mereka.

“Baru empat bulan outlet ini beroperasi. Insya-Allah, jika dipermudahkan, kami akan buka satu lagi cawangan tahun ini, dan dua lagi tahun hadapan,” ujar beliau.

Outlet terkini di Wangsa Maju dilengkapi dapur berteknologi moden dan menawarkan menu kreatif seperti burger, ayam panggang, salad serta Ikan Siakap dengan cauliflower rice — menu kegemaran pelanggan muda yang mengutamakan makanan sihat.

“Cawangan Wangsa Maju lebih santai untuk pelanggan berusia, manakala di IOI City Mall Putrajaya kami fokus pada golongan muda yang suka kombinasi masakan lokal dan barat,” jelas Rozita pada majlis Hari Raya Restoran Rasa Rosz baru-baru ini, yang turut menyaksikan pelantikan Amy Mastura sebagai duta produk.

Amy Mastura – Wajah Mesra, Sihat & Keluarga

Pemilihan Amy Mastura sebagai duta rasmi produk Rasa Rosz dilihat serasi dengan imej jenama yang mesra, sihat, ringkas serta sesuai untuk seisi keluarga.

Bagi Amy Mastura, kolaborasi bersama Datuk Seri Rozita bukan sekadar urusan bisnes, malah berteraskan kepercayaan dan keserasian.

“Saya selesa sangat bekerjasama dengan Datuk Seri. Tahun lalu kami berehat sebab saya ke tanah suci dan beliau pun kurang sihat. Tahun ini, kami kembali dengan idea-idea baharu,” kata Amy yang turut berkongsi resipi dalam menu restoran, termasuk Nasi Daging.

Amy juga berseloroh, “Resipi saya pun banyak dari tunjuk ajar Datuk Seri Rozita! Tapi kami memang olah mengikut cita rasa sendiri,” katanya bersahaja.

Ikuti & Tempah Sekarang

Orang ramai yang ingin mencuba sendiri pelbagai hidangan menarik Restoran Rasa Rosz boleh mengikuti Instagram @rasaroszresto, Facebook dan TikTok RasaRosz untuk info terkini, tip penyediaan makanan, serta video bersama cef dan selebriti.

Untuk tempahan majlis atau kumpulan, kunjungi Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772) atau di IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing (012-8217714). Waktu operasi setiap hari, jam 10 pagi hingga 10 malam.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button