Luar Negara

Quest terus alami simptom Covid-19 selepas dua bulan

“SAYA kembali batuk, rasa letih, semua itu datang tanpa sebarang tanda-tanda awal.”

Demikian penjelasan diberikan Pemberita agensi berita Amerika Syarikat (AS), Cable News Network (CNN), Richard Quest apabila kembali dijangkiti Koronavirus (Covid-19).

Richard merupakan salah seorang pesakit yang sebelum ini disahkan menghidapi virus pandemik itu oleh doktor merawatnya pada April lalu di New York.

Dua bulan kemudian, beliau bagaimanapun kembali disahkan positif wabak itu oleh doktor yang sama selepas mendapatkan rawatan kerana batuk dan keletihan.

Oleh demikian, beliau kemudian menyedari jangkitan Covid-19 padanya tidak berakhir walaupun pernah disahkan sembuh sebelum ini..

Menurutnya, jangkitan yang dihadapi beliau kini masih lagi cuba difahami oleh para pengamal perubatan profesional.

BACA > ICE: Malaysia prihatin nasib lebih 6,000 pelajar di AS — Suara Merdeka

“Virus tersebut umpama taufan. Apabila melanda, ia ‘berputar’ dalam badan menyebabkan kesihatan tidak menentu, pening dan batuk.

“Ia juga seperti merosakkan segala organ yang dijangkiti. Ramai yang tidak mampu bertahan apabila dijangkiti.

“Bagi yang sembuh pula, virus itu meninggalkan kesan yang lebih teruk. Rasanya lebih teruk berbanding awal-awal dijangkiti.

“Simptom yang saya alami adalah paling ringan. Tidak pernah alami kesukaran bernafas dan hilang deria bau atau rasa.

“Saya cuma terlalu letih dan selalu batuk seperti sebelum ini, masalah itu kini kembali.”

Kata Quest, dalam satu temubual bersama rakan setugasnya diterbitkan portal CNN mengenai pengalamannya dijangkiti Covid-19.

Tambahnya, simptom yang dialaminya seperti batuk dan keletihan kini adalah lebih buruk berbanding sebelum ini.

Malah keadaan batuk yang panjang dialami beliau menyebabkan rasa susah untuk bernafas.

“Batuk Covid bukan seperti batuk biasa. Ia batuk yang panjang dan dalam seperti hendak putus nafas. (Batuk produktif).

“Batuk seperti ini sangat jarang dialami. Ia kering, menyebabkan serak dan berdehit. Bagi kes saya, ia seperti putus nafas.

BACA > Gelar Al Jazeera al jahiliah: Harleen terharu dapat sokongan — Suara Merdeka

“Ditambah pula dengan rasa sakit pada dada yang lama dan dalam, sampai saya terus terbaring dan terfikir, bila ia akan berhenti.

“Saya sudah didiagnos negatif virus Covid-19. Tetapi positif pada antibodi dan doktor pula memberitahu ia tak akan kembali.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini (berdasarkan simptom yang dialaminya) saya rasa Covid-19 kembali menjangkiti,” jelasnya.

Menurut Quest lagi, selain simptom tersebut beliau kini mengalami kesan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Saya rasa pening, tidak seimbang, mudah jatuh, cuai dan cepat keliru. Lambat bertindak, ragu-ragu bercakap. Tiada siapa perasan kecuali saya.

“Doktor terus cuba meyakinkan saya bahawa semua ini akan hilang, tetapi tidak bagitahu bila. Minggu lepas lebih teruk. Batuk beberapa hari.

“Kaki saya tersadung pada tripod kamera kemudian terjatuh daripada kerusi. Tetapi minggu ini saya rasa lebih baik,” luahnya.

BACA > Kes Covid-19 di seluruh dunia melepasi 12 juta — Suara Merdeka

Ekoran pengalaman dijangkiti virus itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lakukan yang terbaik untuk mengelak daripada dijangkiti Covid-19. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button