Ekonomi

Aksesori khas Saga edisi ulangtahun ke-35

DI samping pengeluaran edisi khas Proton Saga sempena ulang tahun ke-35 keluarannya, aksesori eksklusif juga ditawarkan bagi pemilik sedia ada.

Tawaran tersebut dibuka bagi mereka pemilik Saga berkenaan kerana model edisi khas itu hanya dikeluarkan sebanyak 1,100 unit sahaja.

Pengeluaran Proton Saga edisi khas ini juga menandakan sebanyak 4,150,035 model dikeluarkan sejak 1985.

Akesesori seperti skirting hadapan dan sisi, visor pintu, penebat pintu bonet, penutup trunk lid dan pelantar but itu sesuai dipadankan pada dengan model Saga 2019.

Kesemua aksesori tersebut boleh dibeli secara berasingan bagi mereka yang sudahpun memiliki model keluaran Proton itu.

BACA > 4 kamera AWAS dipasang sebelum dan selepas Terowong Menora — Suara Merdeka

“Model Saga menaikan nama Malaysia dan edisi ulang tahun ini adalah hadiah istimewa untuk rakyat Malaysia yang menyokong Proton selama ini.”

 

Demikian kata Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar ketika pelancarannya yang dilakukan secara dalam talian hari ini.

Menurutnya lagi, kesemua aksesori tersebut boleh dibeli pada harga RM2,350.

Namun bagi peminat Proton yang belum pernah memilki Saga, merebut edis terhad ulangtahun ke-39 adalah berbaloi kerana ciri-ciri baharunya.

Saga baharu menampilkan beberapa ciri khas seperti penapis kabin jenis N95 untuk pengaliran udara penumpang yang lebih segar.

BACA > Ozil perlu keluar dari Arsenal – Keown, Simpson — Suara Merdeka

Dengan model N95 itu pasti tidak mendatangkan masalah jika berada dalam kesesakan terutamanya apabila sedang beratur di belakang lori.

Ciri baharu ini juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM59 juga hanya sesuai bagi model Saga tahun  2019.

Sebelum ini, penapis model N95 hanya ditawarkan pada variasi Proton X70, namun ia juga akan dihasilkan bagi kereta Persona, Iriz dan Exora tidak lama lagi.

BACA > Lebih epik dengan ‘Livik’ dalam PUBG Season 14 — Suara Merdeka

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemasan garisan kuning pada corong penghawa dingin, panel tengah dan meter. – SM

 

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button