JenayahNasionalNegeri

Pura-pura beli barang rupanya nak samun guna parang

TAKTIK seorang lelaki berpura-pura mahu membeli barang sebelum cuba menyamun menggunakan sebilah parang di sebuah kedai runcit di Jalan Berek 12, Kota Bharu gagal apabila dia dicekup oleh pemilik premis tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, suspek yang berusia 20 tahun cedera di bahu kiri ketika melawan semasa ditahan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun berada di kaunter kedai runcitnya sebelum didatangi suspek yang bersenjatakan parang.

Katanya, suspek muncul di premis itu bersama seorang lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna biru tetapi rakannya menunggu didalam kereta.

“Suspek tiba-tiba mengacukan parang ke arah mangsa yang juga pemilik premis itu yang bertindak melawan sebelum berjaya menangkap lelaki itu dengan bantuan orang awam,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Rosdi berkata, isteri dan tiga anak mangsa berada di rumah di bahagian belakang premis kedai itu ketika kejadian.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian dan kecederaan. Usaha mengesan dan menangkap rakan suspek yang masih bebas giat dijalankan,” kata Rosdi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button