KesihatanNasionalPenyakit

Jangkitan Covid-19 turun kepada 4,413, catat 8 kematian semalam

KES harian Covid-19 menurun kepada 4,413 kes semalam berbanding 5,330 kes sehari sebelumnya. Sebanyak lapan kematian dilaporkan semalam termasuk empat kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) berbanding 10 kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 4,407 kes penularan tempatan dan enam kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,697,213 kes dan 36,003 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 47,534 kes aktif Covid-19 termasuk 52 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.6% atau 45,928 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 23 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,531 orang atau 3.2% menerima rawatan di hospital.


Seramai 3,394 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Satu kluster baharu direkodkan semalam menjadikan keseluruhannya 7,043 kluster, dengan 20 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button