NasionalNegeri

Pupuk budaya jaga kebersihan – Raja Puan Muda Perlis

BUDAYA menjaga kebersihan di persekitaran hendaklah dipupuk demi kesejahteraan kesihatan rakyat Perlis, titah Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda bertitah, ini kerana kebanyakan penyakit berjangkit boleh dicegah dengan mengamalkan kebersihan persekitaran.

Titah Baginda lagi, sebagai contoh, Taska yang bersih dapat mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan tiada tempat takungan air boleh mengelak denggi.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diberikan penerangan di reruai Bomba dalam lawatan ke tapak pameran ‘Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Perlis’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Dataran Datuk Sheikh Ahmad Kangar, semalam.

“Malah persekitaran yang bersih juga dapat menceriakan emosi dan minda,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan ke tapak pameran ‘Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Perlis’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Dataran Datuk Sheikh Ahmad Kangar, semalam.

Terdahulu daripada itu baginda berkenan menyempurnakan pelepasan peserta dan seterusnya meninjau ‘Checkpoints Explore Health’ selepas mengambil bahagian dalam ‘Funrobik’ yang dianjurkan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Sirajuddin Hashim pula memaklumkan bahawa keadaan masa kini yang membimbangkan ialah Beban Penyakit Tidak Berjangkit atau NCD yang semakin meningkat di seluruh negara.

Menurut beliau, hasil kajian ‘Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2019 mendapati negeri Perlis mempunyai prevalen faktor risiko NCD antara yang tertinggi di Malaysia iaitu Prevalen Diabetes adalah 32.7%, Prevalen Darah Tinggi adalah 29.9%, Prevalen Hyper cholesterolemia adalah 47.2% dan Prevalen Obesiti adalah 57.4%.

Raja Puan Muda kemudiannya mengiringi Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat ke Laman Woodball Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Dataran Datuk Sheikh Ahmad untuk menyaksikan pertandingan woodball yang dipertandingkan sempena karnival tersebut bersama-sama Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin sebelum bermulanya majlis perasmian karnival. – SM

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button