Nasional

Pukul pengawal keselamatan Nepal, polis mulakan siasatan

POLIS mengesahkan telah menyiasat video tular kejadian pukul pengawal keselamatan warganegara Nepal yang tular di laman sosial hari ini.

Video berdurasi selama 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki memukul pengawal kesemalatan itu dengan menggunakan sebatang kayu pada 7 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Kejadian dipercayai melibatkan suspek warga Pakistan dan mangsa, warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan tersebut.

“Sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima daripada mangsa berkenaan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA> Wanita warga asing dibunuh, 9 suspek ditahan

Susulan itu, menurut Rajab Ahad, pihaknya kini sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan untuk mencari punca kejadian.

Jelasnya, pihaknya juga kini sedang mengesan saksi dan menyeru pihak yang terlibat supaya segera tampil untuk membantu siasatan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi penyiasat kes, Inspektor Shahrul Azzuan Sharom (016-2014334) atau pegawai penyiasat kanan, Deputi Superintenden Stepehen Ganesan (016-3767390).

Video tersebut telah ditonton dan mendapat kecaman pelbagai pihak yang kurang senang dengan tindakan yang diambil terhadap mangsa.

Sementara itu, Kedutaan Nepal menerusi kenyataannya berkata satu laporan polis telah dibuat susulan penularan video melibatkan rakyatnya itu.

BACA> Sugu Pavithra kembali ke alam Youtuber, mohon sokongan orang ramai

“Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur maklum dengan penuh perhatian klip video terkini yang tular di media sosial mengenai serangan terhadap seorang pengawal keselamatan di Malaysia.

“Satu laporan polis telah dibuat untuk siasatan lebih lanjut,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button