Ekonomi

Public Bank Taja RM20,000 untuk Pertandingan Esei Kebangsaan Bahasa Inggeris 2021

UCSI University dan Public Bank sekali lagi menganjurkan Pertandingan Esei Kebangsaan Bahasa Inggeris untuk menyemarakkan minat dan kecintaan kepada negara dalam kalangan golongan muda berikutan kejayaan  program perintis pada tahun 2019.

Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 yang bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar sekolah menengah agar berminat dalam isu-isu sosial dan komuniti, selain turut menyatakan pandangan mereka menerusi penulisan esei dalam bahasa Inggeris.

Topik bagi pertandingan tahun ini ialah “Malaysia celebrates its 64th Independence Day this year 2021. To you, what does gaining independence mean and how does it impact the future generation of the nation?”.

UCSI University akan memberi hadiah bernilai RM20,000 dan pengecualian fi tuisyen sehingga RM100,000 kepada para pemenang.

Selaku Penaja Utama pertandingan, Pengarah Urusan Public Bank Tan Sri Tay Ah Lek percaya inisiatif ini akan  dapat menggalakkan lagi penggunaan bahasa Inggeris kerana bahasa itu merupakan wadah penting untuk melengkapkan generasi muda dengan kemahiran bahasa Inggeris, yang merupakan bahasa pengantaraan
perniagaan di seluruh dunia.

Tay berkata langkah afirmatif Bank dalam mengadakan kerjasama ini harus dipuji kerana ia akan meningkatkan prestij dan kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan golongan muda, selain meningkatkan kebersaingan dalam jangka panjang yang akhirnya menguntungkan negara.

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button