PRK
Trending

PSS: Sabah akan tambah ‘penduduk 1.5 juta

PENDUDUK Sabah akan bertambah secara drastik sekitar 1.5 juta jika Pas Sementara Sabah (PSS) dilaksanakan.

Dakwaan itu dibuat dengan andaian jika 600,000 pendatang tanpa izin (PTI) yang bakal diberi PSS dan dibenarkan terus tinggal di Sabah serta berkeluarga.

Jika separuh daripada mereka iaitu sekitar 300,000 orang berkeluarga dan setiap keluarga ada tiga orang anak, maka mereka akan menyumbang kira-kira satu juta orang kepada pertambahan penduduk Sabah.

Ini kerana, berdasarkan ketetapan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setiap kanak-kanak perlu diberikan hak kerakyatan negara di mana dia dilahirkan.

“Jila ini menjadi kenyataan kita akan ada kira-kira 900,000 warga negara daripada anak-anak PTI yang diberikan PSS.

Related Articles

“Campur 600,000 warga PTI yang memegang PSS dan dibenarkan terus tinggal di Sabah, maka jumlahnya 1.5 juta orang,” kata Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan.

Beliau berhujah demikian ketika berceramah di pusat daerah mengundi (PDM) Binsuluk pada kempen pilihan raya kecil (PRK) parlimen Kimanis malam tadi.

Pada PRK ini calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.

Isu PSS menjadi senjata BN untuk menyerang Warisan dengan mendakwa ia merupakan usaha pintu belakang untuk memberi kerakyatan kepada PTI, dan seterusnya menjadikan mereka pengundi Warisan.

Namun, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Md Azis Jamman menegaskan PSS adalah dasar yang diusahakan oleh BN ketika menjadi kerajaan.

Tujuan PSS kata Md Azis untuk membersihkan PTI di Sabah yang kini tidak terkawal kerana menggunakan tiga dokumen berbeza.

PSS juga kata Md Azis untuk membendung kegiatan sindiket yang memalsukan tiga dokumen tersebut.

Namun, Yakub mempersoalkan walaupun PSS itu akan dapat mengenal pasti dan mendaftar  PTI di Sabah, tetapi bagaimana dengan anak-anak mereka yang bakal lahir di Sabah.

Malah kata Yakub, Md Azis sendiri ketika ditanya di Parlimen sama ada pemegang PSS ini boleh memohon menjadi warga negara jika telah lama berada di Sabah, jawapannya adalah ‘ya’.

“Ini yang kita bimbangkan. Kean daripada pemberian PSS ini boleh mengubah lanskap pendudul Sabah,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button