Politik
PRU15 jadikan noktah pergaduhan berpanjangan
JADIKANLAH keputusan pilihan raya ke-15 sebagai titik noktah kepada pergaduhan berpanjangan.
Negara telah terlalu lama menyaksikan pertelagahan hingga menyebabkan kebajikan rakyat diabaikan.
Rakyat sudah bersuara menolak pemimpin yang menjadi punca pertelagahan itu.
Tun Dr. Mahathir Mohamad kalah teruk di Langkawi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nyaris dikubu kuatnya, Bagan Datuk.
Mereka yang kalah tidak seharusnya bertindak menikam dari belakang, sebaliknya berlapang dada menerima.