Politik

Hishammuddin tolak bergabung dengan PH

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tampil sebagai Ahli Parlimen BN yang pertama menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau membuat hantaran di Facebook pada jam 3.20 pagi, setengah jam selepas terdapat cubaan pimpinan tertinggi UMNO untuk mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Menurut Hishammuddin, perkara  paling penting ialah negara dan rakyat memerlukan Kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan.

“Rakyat telah membuat pilihan mereka dalam #PRU15, dan ia harus kita hormati serta insafi.

“Jelas – tiada satu parti pun berupaya membentuk Kerajaan. Parlimen kini tergantung.

”Yang paling penting – Negara dan Rakyat memerlukan Kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan. Ini sebabnya kita mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

“Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi, dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan.” ujarnya menerusi catatan Facebooknya, sebentar tadi.

(Visited 1,475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button