Nasionalpilihan

Projek Jeti Bersepadu Sanglang, Kangar Sentral, PIP dipantau terperinci

PROJEK Jeti Bersepadu Sanglang, Kangar Sentral dan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) sentiasa dipantau secara berkala dan terperinci.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, pemantauan ini dilakukan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi dan Pemantauan Projek-Projek Negeri yang dipengerusikannya setiap dua minggu sekali.

“Mesyuarat ini akan menyelesaikan isu-isu berbangkit yang timbul dalam projek terbabit,” katanya bagi menjawab soalan pada Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri yang Ke-14 dari 9 hingga 11 Ogos di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Shukri Ramli (Pas – Sanglang) berhubung pendekatan yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk menyegerakan pembangunan yang dirancang seperti Jeti Bersepadu Sanglang, Kangar Sentral dan PIP.

Mohd Shukri Ramli

Azlan berkata, bagi projek Jeti Bersepadu Sanglang ini dibangunkan oleh Syarikat Mutiara Perlis Sdn Bhd dengan kerjasama Menteri Besar Incorporation (MBI).


“Kerajaan negeri dan MBI sentiasa bekerjasama rapat dengan syarikat berkenaan bagi membantu dan menyelesaikan isu berbangkit berkaitan kelulusan dasar yang melibatkan kementerian dan agensi seperti mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Penilaian Kesan Trafik (TIA), Laporan Environment Management Plan (EMP), Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA), Laporan Audit Keselamatan Jalan Raya (RSA) dan sebagainya.

Beliau berkata, projek jeti ini akan bermula selepas enam bulan pelaksanaan PIP.

Azlan berkata, bagi projek Kangar Sentral pula kerja-kerja di tapak kini sedang giat djjalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak Oktober 2020 dan dijangka siap April 2023.

Tambahnya, bagi projek PIP pula pembangunan kawasan operasi akan dilaksanakan oleh Mutiara Perlis Sdn Bhd ini dengan kerjasama MBI.

“Manakala struktur luaran PIP yang melibatkan ‘bonded road, spurline dan flyover’ dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA),” katanya.

Katanya, Mutiara Perlis Sdn Bhd telah melantik pemaju utama dan pelaksanaan fizikal projek dijangka akan bermula September 2022. – SM

Artikel berkaitan > Tunggu status pembinaan Jeti Kuala Perlis

(Visited 84 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button