Nasionalpilihan

Program Saya Digital@Lembah Pantai bantu wujudkan kesedaran mengenai teknologi digital dan gaya hidup pintar

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini merasmikan program Saya Digital@Lembah Pantai anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar yang memberi peluang sama rata kepada rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.

Jelajah Saya Digital memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu, program Saya Digital Literasi, Perniagaan, Pendapatan dan Modal Insan yang menyasarkan golongan seperti B40, graduan menganggur, warga emas, pelajar sekolah serta universiti termasuk usahawan mikro, kecil dan sederhana.

Inisiatif Saya Digital juga telah mewujudkan program seperti eUsahawan, eRezeki dan Global Online Workforce (GLOW) bagi meningkatkan keupayaan usahawan untuk menggunapakai teknologi digital dan meningkatkan jualan serta pendapatan.

Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital (tengah, berbaju hijau), Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital (kiri, berbaju kelabu) dan Ts. Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC (kanan) bersama peserta Jelajah Saya Digital @ Lembah Pantai 2023 dalam sesi Sembang Santai

Turut dilancarkan di majlis yang sama adalah program Digital Ninja 2023 iaitu program kepimpinan dan peningkatan skil digital. Program ini menyasarkan golongan muda berumur 11 hingga 17 tahun yang mempunyai bakat serta rekod cemerlang dalam bidang kreativiti digital dan solusi berinovasi. Peserta Digital Ninja akan dibimbing menjadi tenaga mahir dan pemain industri digital yang akan menyumbang kembali kepada masyarakat setempat.

Menteri Komunikasi dan Digital bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek serta Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts Mahadhir Aziz turut meluangkan masa menghadiri sesi sembang santai bersama-sama para peserta program keusahawanan yang berkongsi kisah kejayaan dan pengalaman masing-masing.

Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital (tengah, berbaju hijau), Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital (kiri, berbaju kelabu) dan Ts. Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC (kanan) bergambar bersama peserta Jelajah Saya Digital @ Lembah Pantai pada 18 Februari 2023

Program Jelajah Saya Digital@Lembah Pantai juga dimeriahkan dengan lebih 20 reruai pameran daripada agensi kewangan dan usahawan program MDEC, serta dihadiri lebih 400 orang penduduk sekitar, pelajar IPT dan pelatih institusi kemahiran.

Artikel berkaitan > MDEC, Maxis kerjasama sokong syarikat pemula

 

 

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button