Program “Back to School Kit” tajaan Bank Pembangunan Malaysia Berhad menceriakan asnaf
BANK Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Pertubuhan Hati Suci (PHS) baru-baru ini telah melancarkan program bantuan “Back to School Kit” kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan memulakan sesi persekolahan pada bulan Mac 2022.
Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar daripada keluarga Islam yang berpendapatan rendah kategori B20 dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah bagi Sesi 2022 yang akan datang.
BPMB dan PHS dibantu oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar Sekolah serta Guru Hal Ehwal Murid. Saringan telah dilakukan untuk memastikan bahawa pemilihan dilakukan dengan telus, adil dan sistematik. Seramai 648 pelajar di kalangan yang memerlukan bakal menerima manfaat dari program ini dengan sebaik mungkin.
Menurut Pengerusi PHS, “Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban asnaf di kalangan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah yang akan menghadapi sesi baru persekolahan. Semoga dengan adanya bantuan ini, pelajar akan lebih ceria dan ibu bapa tidak terbeban dengan kos yang semakin meningkat dan juga dengan segala bencana yang berlaku seperti COVID-19 dan banjir.”
Ibu bapa atau penjaga pelajar-pelajar yang terpilih akan menerima “Back to School Kit” melalui pemberian baucar “Rakan Niaga Canggih Sakan” yang bernilai RM200. Baucar “Rakan Niaga Canggih Sakan” akan membolehkan penerima untuk menebus set baju sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, stokin, set alat tulis dan lain-lain.
Baucar akan diserahkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan Guru Besar pada hari dan tempat yang akan ditetapkan dalam program tersebut. Pegawai Pendidikan Daerah dan Guru Besar kemudian boleh menyalurkan baucar tersebut kepada Ibubapa dan penjaga pelajar terpilih.
Antara Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah yang telah memberi kerjasama serta memeriama manafaat dalam program anjuran bersama BPMB dan PHS adalah PPD Langkawi-Kedah, PPD Bera-Pahang, PPD Gua Musang-Kelantan, PPD Dungun-Terengganu, SK Jalan Peel, SK Taman Midah 2 dan SK Kampong Batu.
Program ini diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dari segi kos persiapan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka. Program ini juga akan memberi memberi motivasi kepada pelajar-pelajar ini supaya belajar dengan lebih fokus, baik dan selesa. – SM