BeritaPolitik

PRK Kimanis ujian getir Dr. Mahathir

Analisis

APAKAH Pilihan Raya Kecil kali ke-10 di Kimanis tidak lama lagi akan semakin mengukuhkan cengkaman UMNO dalam politik tanah air dan kalangan orang Melayu/Bumiputera?

Setakat PRK kesembilan yang berlalu, parti yang menerajui Barisan Nasional (BN) itu berjaya merampas kembali dua kerusi Parlimen di Semenyih dan Tanjung Piai. Dua lagi, Parlimen Cameron Highlands dan DUN Rantau berjaya dipertahankan.

Jika Kimanis berjaya dipertahankan BN dengan menewaskan calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan) yang kelihatan cenderung kepada PH, ia pastinya menjadi titik tolak utama rentetan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dari satu sudut, Parti Bersatu diketuai Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan sekali lagi tercalar imejnya andai kata Warisan yang membawa suara bumiputera di sana kecundang.

Dengan 26 kerusi Parlimen yang dimilikinya sekarang, Bersatu juga dilihat oleh orang Melayu/bumiputera belum dapat menghitamputihkan lagi arena politik tanah air. Ini disebabkan dalam ruang PH yang paling ramai ahli parlimen ialah pakatan yang diwakili oleh PKR.

Dalam pada itu Warisan di Sabah tidak nampak sangat membantu Dr. Mahathir.

Bahkan, dikatakan Warisan mempunyai agenda sendiri dengan tidak ketara bagaimana sumpah setia lama diketuai Mohd. Shafie menterjemahkan kepada falsafah besar PH dan juga Bersatu dengan Warisan.

Dengan demikian Dr. Mahathir mahu tidak mahu harus bersendirian mengendalikan nilai-nilai sendiri beliau sebagai Perdana Menteri disebabkan kuasa itu sudah ada di tangan – walaupun orang di kiri kanan menghimpit sedemikan.

Cuma, hendak menentukan “politik berkuat kuasa” secara keras seperti dulu tidak boleh kerana kerusi majorti Parlimen tadi bukan milik Bersatu.

PRK Kimanis suatu ujian besar PH khususnya Dr. Mahathir sendiri.

UMNO jika memenangi kerusi Parlimen ini, akan menjadi momentum paling berharga khususnya peningkatan imej positif dalam kalangan orang Melayu/Bumiputera.

– SUARA MERDEKA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button