BeritaPolitik

Anifah tak bertanding di Kimanis – Zahid

KUALA LUMPUR  – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dijangka tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ke-10 yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau ada berbual dengan Anifah sebelum ini dan penyandang kerusi Parlimen itu menyatakan tidak akan berbuat demikian.

“Beliau menyatakan tidak akan bertanding,” kata Ahmad Zahid kepada Suara Merdeka.

Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei tahun lalu memperoleh 11,942 undi menewaskan Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah dengan majoriti tipis 156 undi.

Beliau kemudian bertindak keluar UMNO pada 19 September 2018 dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

PRK Parlimen Tanjung Piai 16 November lalu merupakan PRK kali kesembilan yang juga PRK Parlimen keempat sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Daripada sembilan PRK sejak PRU-14, lima dimenangi/dipertahankan oleh PH iaitu PRK DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia, DUN Balakong, Parlimen Port Dickson dan kerusi Parlimen Sandakan.

Dua PRK lagi iaitu Parlimen Cameron Highlands dan DUN Rantau dipertahankan oleh BN manakala baki dua lagi iaitu PRK DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai berjaya dirampas kembali oleh BN.

– SUARA MERDEKA

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button