BeritaHiburan

Salam Terakhir dendangan terakhir Alif Johan

Pemergian anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan menyebabkan rakan-rakan dan pensyarah sayu.

Alif yang merupakan pelajar tahun akhir Pengajian Perfileman di Universiti Teknologi Mara (UITM) sempat menyertai pertandingan anjuran pusat pengajian tinggi berkenaan Karyaone 22 – Clash of Talent baru-baru ini.

Pada pertandingan itu Alif mendendangkan lagu medley Creep dan Salam Terakhir.

Alif dipilih sebagai juara kerana dendangan lagunya yang sangat lunak dan mendayu.

Sebelum meninggal dunia Alif ada mengadu kepada rakan-rakannya yang dia berasa letih.

Baca juga berita berkaitan: https://www.suaramerdeka.com.my/anak-penyanyi-nora-ariffin-meninggal-dunia/

Jenazah allahyarham Alif kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya.

Punca kematian belum dapat disahkan.

SM difahamkan Nora baharu sampai Kuala Lumpur dari Singapura

Persembahan Alif Johan – Medley 1:01:43 Creep & Salam terakhir

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button