Nasional

Posmen kongsi cerita tak dapat bonus didenda RM1,500

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Syazwan Juhari, 22, selepas lelaki itu mengaku memberi maklumat palsu secara bertulis kononnya dia tidak terbabit dalam kes kutipan derma untuk petugas penghantaran Pos Malaysia yang tidak mendapat bonus, setelah ia tular dalam media sosial sejak 17 Mei lalu.

Lelaki itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini pada 4.30 petang, 20 Mei lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Tertuduh yang bekerja di Pos Malaysia cawangan Butterworth didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mendakwa menceritakan masalah posmen tidak mendapat bonus kepada abang dan kakak angkatnya sebelum mereka memuat naik cerita berkenaan dengan menggunakan nama Amirul Megat menerusi satu laman di Facebook.

Hantaran itu menjadi tular dan turut menyiarkan nombor akaun bank bagi memohon derma serta bantuan daripada orang ramai.

Tertuduh tidak mengaku gambar yang tular di laman itu adalah dirinya dan telah mereka cerita bahawa individu tersebut adalah Amirul Megat yang juga posmen tetapi tidak pernah kenal dan berjumpa dengan Amirul Megat.

Lelaki itu turut memaklumkan akaun bank miliknya hanya digunakan untuk menerima sumbangan sahaja.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.– BERNAMA

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button