Politik

YDP Melaka mesti berintegriti – Poay Tiong

AHLI Parlimen Kota Melaka daripada DAP, Khoo Poay Tiong menegaskan supaya pemilihan Yang di-Pertua (YDP) Negeri Melaka baharu mestilah berintegriti dan bebas.

Berdasarkan pandangan itu, beliau dilihat tidak bersetuju dengan pencalonan Tan Sri Ali Rustam dan Muhammad Zahid Md. Arip sebagai pengganti Tun Mohd. Khalil Yaakob.

BACA > Meraikan ulang tahun ‘Utusan Melayu’ yang sudah tiada — Suara Merdeka

Menurutnya, kedua-dua calon itu terpalit dengan isu disiplin parti (UMNO) kerana terlibat dengan politik wang dan kes penyalahgunaan kuasa dalam Felda oleh Tan Sri Isa Samad.

Justeru, beliau menyeru Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali supaya mempertimbang masalah tersebut dalam memilih YDP Melaka yang baharu.

“Untuk rekod, Ali Rustam didapati bersalah oleh lembaga disiplin parti pada 2009 berkaitan isu politik wang.

“Sementara Muhammad Zahid pula dikaitkan dengan kes rasuah bekas Pengerusi Felda, Isa Samad. Kes berkenaan kini sedang berjalan di mahkamah,” katanya dalam Facebook DAP hari ini.

BACA > Mustahil menang pun, PH tetap tanding di Chini mahu serang kerajaan — Suara Merdeka
BACA > Askar upahan Syiah selongkar makam Umar Abdul Aziz — Suara Merdeka

Bagaimanapun kenyataan Poay Tiong itu dilihat bertentangan dengan isu integriti yang pernah melanda pemimpin partinya sendiri di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2016 dituduh melakukan kesalahan rasuah.

Kes itu membabitkan penukaran status tanah dan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kes beliau digugurkan apabila Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan tuduhan terhadap beliau tidak boleh dibiarkan tergantung menyebabkannya dilepas dan dibebaskan.

BACA > Armada Pulau Pinang sangkal pemecatan lima pemimpin — Suara Merdeka
BACA > Tun yakinlah ketentuan Allah, reda orang lain pula memimpin — Suara Merdeka

Selain itu beliau turut terpalit dengan isu pembinaan terowong dasar laut sebelum memenangi saman ke atas penulis blog Raja Petra Kamaruddin. – SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button