NasionalNegeriPendidikan

Politeknik Aceh, Indonesia ingin kerjasama dengan POLIMAS Jitra

POLITEKNIK Aceh, Indonesia berhasrat untuk bekerjasama dengan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah, Malaysia.

Hasrat ini telah dinyatakan oleh Pengarah Politeknik Aceh, Dr. Hilmi S.E, M.Si, Ak, CA dalam ucapannya ketika menerima rombongan lawatan akademik 14 pensyarah POLIMAS selama tiga hari di Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Fuahaidi (kanan) mewakili Pengarah POLIMAS menyampaikan cenderahati kepada Dr. Hilmi.

Beliau berkata, Politeknik Aceh amat berminat untuk bekerjasama dengan POLIMAS.

“Kerjasama yang dimaksudkan ialah pertukaran pensyarah dan pelajar antara kedua politeknik dan juga latihan industri pelajar Politeknik Aceh di POLIMAS dalam bidang yang sama yang ditawarkan oleh POLIMAS,” katanya.

Menurut beliau lagi, POLIMAS mempunyai bidang pengajian yang banyak persamaannya kerana mereka turut menawarkan pengajian di peringkat diploma dalam Akauntansi, Kejuruteraan, Elektronik ,Kejuruteraan Mekatronik dan Teknologi Maklumat.

Pengarah Program, Fuahaidi Zulkifli mewakili Pengarah POLIMAS dalam ucapan balasnya berkata, “Sewajarnya, kedua-dua belah pihak berkongsi kepakaran dan pengetahuan khususnya dalam memajukan pendidikan dalam mencapai hasrat kedua-dua negara berjiran untuk saling membantu dalam pendidikan”.

Menurut beliau lagi, seharusnya kepakaran yang ada antara dua institusi ini dikongsi bersama dalam memajukan sistem pendidikan di kedua-dua negara yang berjiran.

Beliau juga turut menjemput pihak Politeknik Aceh untuk menyertai International Innovation, Invention and Competition Through Exhibition 2023  (iCompEx 2023) yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Julai depan di POLIMAS.

ROMBONGAN POLIMAS mendengar taklimat oleh Dr Hilmi di Politeknik Aceh di Banda Aceh, Indonesia.

Rombongan POLIMAS juga turut diberikan taklimat yang disampaikan oleh Dr. Hilmi.

Selain itu juga diberikan pendedahan mengenai Politeknik Aceh, bidang pengajian yang ditawarkan, prasarana disediakan seperti kemudahan pembelajaran dan keistimewaan belajar disitu dan dialog dengan pengurusan politeknik tersebut.

Ahli rombongan juga turut dibawa melawat ke jabatan dalam bidang Akauntansi, Kejuruteraan, Elektronik, Kejuruteraan Mekatronik dan Teknologi Maklumat. – SM

BACA POLIMAS, MAPIM kerjasama Tabung Selamatkan Masjidil Al-Aqsa

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button