Politik

Polis rakam percakapan Muhyiddin kerana keluar kenyataan berbaur perkauman

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi dirakam keterangan hari ini oleh polis susulan kenyataan beliau yang mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan perkara itu.

Muhyiddin hadir memakai baju berwarna hitam, tiba di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) di Jalan Sentral, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.15 pagi.

Terdahulu, media melaporkan, tindakan itu dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Pada 3 September lalu, Muhyiddin, bekas Perdana Menteri didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah kempen PRK Simpang Jeram. – Berita Harian – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button