Nasional

PM tandatangan buku takziah penghormatan Shinzo Abe

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menandatangani buku takziah penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang meninggal dunia Jumaat lalu.

Ismail Sabri yakin hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sepanjang pentadbiran Abe akan diteruskan terutamanya menjelang sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur.

Abe, 67, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.03 petang waktu tempatan selepas ditembak ketika beliau sedang berucap dalam satu kempen politik di bandar raya Nara.

Abe merupakan Menteri paling lama berkhidmat. Mendiang berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Kali pertama Abe dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun ialah pada tahun 2006 dan kali kedua, dari tahun 2012 sehingga 2020. – BERNAMA – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button