Nasionalpilihan

PM lawat syarikat pertahanan, aeroangkasa utama di Ankara, Türkiye

PERDANA MENTERI Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (semalam) melawat dua syarikat pertahanan dan aeroangkasa utama Türkiye ketika Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama teknologi dengan negara republik itu.

Perdana Menteri yang berada di Turkiye dalam lawatan rasmi empat hari, melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).

Setibanya di MKE, Ismail Sabri disambut Menteri Pertahanan Negara Hulusi Akar dan Ketua Pegawai Eksekutif MKE Yasin Akdere sebelum diberi taklimat mengenai operasi perintis sektor pertahanan Türkiye itu.

MKE, sebuah syarikat milik kerajaan yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Türkiye sebagai pembekal utamanya, mempunyai 10 kilang moden dan lebih 400 rangkaian produk yang dibahagikan kepada empat kategori — peluru, senjata, roket, bahan letupan dan piroteknik.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Demonstrasi pertunjukan udara helikopter Gokbey oleh Turkish Aerospace Industries (TAI)

Di TAI, beliau diberi taklimat mengenai operasi oleh presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Prof Temel Kotil.

Turut hadir di TAI ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Fungsi Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Pengerusi Bersama (Industri) Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali.

Di akhir lawatan, satu demonstrasi pertunjukan udara telah diadakan untuk delegasi Malaysia yang mempamerkan helikopter T129 ATAK yang dibangunkan tempatan, kenderaan udara tanpa pemandu Anka, pesawat latihan Hurkus dan helikopter Gokbey.

Terletak di ibu negara, kilang pengeluaran TAI meliputi kawasan seluas lima juta meter persegi dengan kemudahan industri seluas 150,000meter persegi kemudahan industri. – SM

Artikel berkaitan > PM selamat tiba di Türkiye untuk lawatan rasmi empat hari

 

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button