Nasional

PM lancar Yayasan Keluarga Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia sebagai institusi yang akan membantu anak-anak Keluarga Malaysia dalam memperoleh sokongan terutamanya daripada aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia

Beliau berkata, Yayasan Keluarga Malaysia merupakan manifestasi kasih
sayang seluruh Keluarga Malaysia yang dizahirkan bersama untuk anak-anak yang terkesan pandemik.

“Yayasan ini akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain, yang turut memerlukan sokongan seumpamanya.

“Inilah maksud keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Kuching, Sarawak.


Dalam ucapannya, Ismail Sabri turut menyeru seluruh Keluarga Malaysia, bersama membantu generasi ini.

“Harapan saya, dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak Keluarga Malaysia yang terpaksa melalui penderitaan bersendirian,” kata Perdana Menteri. – SM

 

(Visited 26 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button